Perseverance in One Community Worldwide :) ketahanan, keteguhan, kekuatan :)
Assalamualaikumm..
Jemari ini ringan benar menari utk berbicara tentang 'perseverance' atau ketahanan, keteguhan, kekuatan as my own definition untuk context topik hari ini. Suatu ketika dulu bukan mudah untuk mentafsir perkataan tersebut memandangkan perjalanan aku hanya sebagai seorang pelajar yang biasa.. pabila aku berdiri di sini aku melihat erti sebenar keteguhan itu di rumah ini, One Community Worldwide. Betapa besar erti bila kita melihat anak-anak muda ini melangkah jauh ke depan, berdepan dengan segala dugaan dan rintangan bagi mengejar impian dan harapan.
Segala onak dan duri diredah, segala kata-kata nista dan semangat diambil dan perjalanan diteruskan. kesemua itu menjadikan aku teguh disini dan akhirnya dewasa di sini. Di mana mahu kita cari platform untuk membentuk anak-anak muda kita dalam dan luar pada zaman sekarang. Bukan mudah. Tempat ini, rumah ini so called 'home' membuatkan ini kenyataan dengan bantuan senior-senior dan mentor-mentor di One Community Worldwide.
Seseorang itu hanya akan jadi kuat dan teguh bila hilang perkataan 'MANJA' dari kamus hidupnya. Berdiri atas kaki sendiri dan belajar untuk menyelesaikan semua masalah membantu menjadikan kita lebih matang dalam urusan kehidupan. 'MANJA' bererti terlalu bergantung kepada orang lain untuk apa-apa jua urusan, mengharapkan segala perkara diselesaikan oleh pihak lain, tiada kebergantungan pada diri 100 peratus dan perasaan takut untuk berhadapan serta baiki situasi tinggi.
Sebagai anak muda yang hidup dalam zaman yg mencabar kini perlu betul-betul berdikari, teguh dan tegar dalam menghadapi apa sahaja, kental berdepan dengan seribu satu masalah dan berjaya bangkit dengan jayanya seperti yang diharapkan oleh ibu bapa kita. perlu diingat, cabaran sebenar untuk mejadikan kita teguh adalah perjalanan yang banyak dugaan, cabaran dan dari situlah lahirnya seorang insan yang hebat dan teguh. Cari di mana platform itu, sambutlah tangan yang dihulur, sahutlah kata-kata yang dituju, jadikan bekal untuk suatu hari nanti kita boleh berdiri teguh dengan gembiranya kerana telah dapat serap sepenuhnya sepanjang perjalanan di sini.
Buka mata luas-luas, buka hati dan minda lebar-lebar, turunkan ego hingga cecah tanah untuk kita tempah kejayaan di sini dengan syarat kita mahu dan berusaha untuk menjadi golongan yang berjaya. Ada dua kategori anak melayu muda Islam hari ini.1) golongan muda yang bodoh : terus terjun kepada kesimpulan dan tidak pernah mahu bermatian berusaha, atau
2) golongan muda yang cerdik : mereka yang mengambil tahu serba serbi, berusaha tanpa henti, berhati besar untuk berjaya, buka mata luas-luas untuk jadi yang terbaik.
Renung-renungkan semua :) Di manakah tempat anda berpijak dan pilihan mana yang anda pilih..


No comments:
Post a Comment