Assalamualaikum..
alhamdulillah hari ini masih lagi diberi ruang untuk bernafas setelah setengah tahun berlalu..
ramadhan mula menjengah, sudahkah bersedia menyambutnya? aku tertanya-tanya sendiri..
dalam hidup ini segala yang tertulis terkandung seribu satu rahmat yang turut menyeret semua umat yang dirahmatiNYA..
hidup yang indah adalah hidup yang penuh pencapaian tidak kisah apa bentuk sekalipun.. selagi ada pencapaian di dalamnya, bermakna kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik setiap hari..
hari ini aku terasa ingin menulis dalam bahasa ibunda ku sendiri :)
tahun 2013 menyaksikan aku bertambah usia dan menjadi lebih matang, insyaALLAH.. pejam celik mata ini sedar xsedar sudah sampai bulan ketujuh dan meninggalkan setengah tahun perjalanan 2013.. dalam sela masa sepanjang tempoh ini banyak dugaan dan cabaran yang dikecapi dan ditempuh, air mata ceria dan derita juga mampir.. tapi apa yang penting setengah tahun ini berlalu dengan penuh kesyukuran.. kami di One Community Worldwide alhamdulillah sudah meletakkan satu tanda aras yang bangsa kami, agama kami, ketuanan negara kami mampu mencecah apa yang disangkal oleh semua..
lahirnya RF Elly dan CRF Nasreeq membuktikan sesiapa sahaja mampu berjaya sekiranya berusaha pada tempat yang betul dan berbaloi.. segala yang ingin dikecap perlu disertai usaha dan strategi seperti mana yang dilaksanakan sepanjang tempoh ini.. banyak yang aku pelajari antaranya tentang sabar, usaha yang tak pernah putus, berguru dan sentiasa meningkatkan tahap pencapaian diri, keikhlasan dari hati yangh bersih dan panduan agama ALLAH itu sangat penting.. susah untuk kita cari dan peroleh anak-anak muda yang sabar dan tabah, xberhenti berusaha, membantu sesama sendiri, mengharumkan nama keluarga dan negara walau bukan mudah.. tomahan hinaan itu lumrah perjalanan hidup.. mereka itu terlalu banyak waktu untuk leka mengata sedangkan jari sendiri menuding 4 balik pada empunya tuan..
hati yang bersih, usaha yang tak pernah berkurang aku pelajari di sini, One Community Worldwide dan aku lihat sendiri setiap apa yang ada di dalamnya berjaya mencorakkan banyak warna yang indah dalam hidup ramai insan di sini.. Susah itu Pasti, Sakit itu Mesti.. pepatah yang aku peroleh dari Mr. Steven Yeam iaitu penaung syarikat yang bakal menjadi gergasi dalam masa terdekat insyaAllah. Betul seperti kata CRF Nasreeq, kadang-kadang bukan semua perangai anak-anak yang buruk itu mampu diubah ibu bapa tapi pergaulan yang betul dan ruang yang betul mampu mengubah.. kita bukan malaikat yang sempurna cuma ciptaan ALLAH yang biasa.. tapi mampu usaha menjadi yang lebih baik..
baki setengah tahun lagi ini aku berazam mahu mencoret lebih banyak warna warni di atas kanvas "CRF Nasreeeq challenging period" kerana dari sini aku melihat sendiri wajah-wajah yang selama ini mengharap akan melebar senyum selepas ini.. "Manja buat kita musnah" itu juga pepatah yang akan aku ingat selamanya kerana aku bangkit dari lena penyebab dari sepotong kata-kata itu.. sekiranya aku mampu sampai ke tahap ini, mereka di bawah sana juga mahu aku angkat bersama-samaku.. musim ini aku mahu lebih berusaha, lebih bersemangat, lebih mahu mencabar apa yang di katakan "had" dan cabaran seterusnya mahu membantu merealisasikan "CRF Eija"!! mahu menyahut juga cabaran RF Elly tentang "making a lot of more RF to be" kerana aku percaya segala penat lelah mesti berbayar untuk mereka yang tidak pernah putus asa..
perjalanan "CRF Nasreeq in da makin" baru bermula, aku tanamkan azimat semangat untuk sama-sama menyumbang..
siapa kita harini adalah hasil dari keputusan hari yang lepas,
siapa kita hari esok adalah hasil dari keputusan hari ini..
yang tinggal cuma pilihan..
maka pilihlah..
LET'S ROCK DE WORLD YEAHH!!
CRF NASREEQ IN DA MAKING!!
as mr steven quotes today :
Discipline is just choosing between what you want now and what you want the most :)



























